Lebah dan bunga belimbing Bekerjasama Secret Tunnel Subhanallah, Cantiknya... Madu Anugerah Allah

Sunday, June 26, 2011

101 Tips Mencegah Masalah Sakit Kepala

Kita memang mengetahui bahawa sakit kepala boleh dirawat atau diubati dengan mengambil ubat–ubatan yang berkaitan, tetapi takkan dah sakit baru nak sibuk pergi berubat. Kan lebih baik kalau awal-awal kita boleh mencegahnya daripada berlaku, mencegah itu lebih baik dari merawat. Jadilah seorang yang proaktif daripada seorang yang reaktif.

Faktor-Faktor yang Menyebabkan Sakit Kepala

Kurang tidur atau terlalu banyak tidur.
Kecederaan pada kepala/post-traumatik
Berlaku jangkitan di kepala atau leher
Demam selsema yang biasa, influenza
Demam yang disebabkan oleh virus
Pendedahan terhadap bahan kimia atau pencemaran.

Didalam ebook ini saya akan berkongsi dengan anda beberapa tips-tips mudah yang anda boleh amalkan untuk mencegah masalah sakit kepala ini. Antara tips-tips tersebut adalah:

TIPS #1

Gunakan bantal yang tidak terlalu nipis ketika anda tidur. Ini kerana bantal yang nipis akan menyebabkan ketegangan pada otot leher anda ketika tidur. Apabila keadaan ini berterusan, ia akan menyebabkan sakit kepala.

TIPS #2

Dapatkan tidur waktu malam yang mencukupi dan nyenyak! Tidur yang nyenyak akan mengelakkan anda dari diserang sakit kepala. Tempat yang aman, sunyi dan tenteram akan menyumbang ke arah tidur yang nyenyak dan rehat yang mencukupi.

TIPS #3

Jangan terlebih tidur. Tidur yang terlalu lama juga tidak baik untuk kesihatan anda. Terlebih tidur menyebabkan anda akan bangun dalam keadaan yang tidak bermaya, letih dan kurang semangat seterusnya menyebabkan anda sakit kepala.

TIPS #4

Kurangkan stress anda. Ini akan membantu anda mencegah sakit kepala akibat stress. Salah satu cara menghilangkan stress adalah melalui kaedah meditasi. Meditasi akan memberikan ketenangan fikiran disamping memberi peluang kepada kita untuk menilai alam sekitar. Ia juga membantu untuk menguatkan lagi tenaga minda anda. Anda akan dapat ebook bonus “Panduan Mengatasi Stress”.

TIP #5

Berhenti merokok sekarang! Merokok boleh menjejaskan kepala anda dan kesannya amat dahsyat. Umumnya, merokok akan menjejaskan keseluruhan fungsi anggota tubuh anda. Kesihatan anda akan lebih baik jika anda berhenti merokok malah mencegah masalah sakit kepala yang anda alami. Anda juga akan mendapat ebook bonus percuma “Teknik Mudah Berhenti Merokok dalam Seminggu”.

Secara umumnya, masalah sakit kepala ini adalah boleh dicegah. Tips-tips yang saya berikan diatas adalah beberapa tips mudah yang anda boleh amalkan supaya dapat mencegah masalah sakit kepala.
KLIK Untuk Baca Selanjutnya...

Amalan Yang Baik Untuk Minda - Siri 1

Assalamualaikum..

Tidak semua orang yang lahir di dunia ini terus menjadi orang yang bijak pandai orangnya. Ada sesetengah orang yang sememangnya telah diberikan satu anugerah istimewa oleh Allah untuk menjadi orang yang sangat bijak. Namun begitu kebijaksanaan seseorang itu bergantung juga kepada apa yang mereka lakukan. Ada yang perlu berusaha sendiri dahulu barulah mereka akan menjadi orang yang bijak. Orang yang rajin belajar dan berusaha akan menjadi orang bijak. Begitulah sebaliknya jika orang itu malas belajar akan jadi orang yang jahil atau bodoh.

Diantara faktor-faktor yang membawa kepada kebijaksaan seseorang adalah mengenai apa amalan yang biasa mereka lakukan dalam kehidupan seharian mereka. Apa sahaja amalan baik yang anda lakukan dalam kehidupan seharian anda adalah memberi kesan kepada minda anda. Amalan itu jika anda boleh amalkan dengan baik akan dapat memberi banyak kebaikan kepada minda anda.

1) Menyedut Udara Yang Segar

Oksigen adalah sangat penting kepada otak manusia kerana otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam tubuh badan kita. Jika berlaku pencemaran udara, ia boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan mengurangkan keaktifan otak. Cuba anda bayangkan bolehkah anda berfikir dengan baik jika anda berada di tempat-tempat yang kotor dan berbau busuk. Ataupun anda sedang berada ditempat yang tercemar dengan asap-asap kenderaan dan juga habuk-habuk. Pemikiran anda menjadi kurang aktif di tempat-tempat sebegini kerana otak anda tidak menerima belakan oksigen yang secukupnya.

Carilah tempat yang boleh memberikan anda ketenangan untuk mendapatkan udara yang segar. Jika boleh memilih sudah tentu anda akan lebih suka berada dikampung kerana kualiti udara dikampung adalah lebih segar berbanding dengan bandar. Suasana dikampung dapat memberikan ketenangan kepada pemikiran dan minda anda.

2) Rajin Mengambil Sarapan Pagi

Tabiat suka mengambil sarapan pagi adalah sangat bagus kepada diri seseorang. Bagi yang ada penyakit gastrik, rajin mengambil sarapan pagi adalah salah satu cara untuk mencegah dari terkena gastrik. Rajin mengambil sarapan pagi juga adalah sangat bagus untuk minda dan pemikiran anda. Berdasarkan kepada beberapa kajian, apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Oleh itu ia akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif. Seterusnya minda seseorang akan menjadi terlalu lemah untuk berfikir.

Tabiat suka mengambil sarapan pagi adalah sangat bagus kepada pelajar kerana ia akan membantu otak mereka untuk berfikir dengan lebih baik semasa belajar dalam kelas. Mereka juga akan dapat untuk menumpukan pelajaran dengan lebih baik lagi tanpa mengalami rasa lapar.

3) Tidak Suka Tabiat Merokok

Kita memang sudah banyak mengetahui yang merokok adalah sangat membahayakan diri sendiri dan juga orang lain. Jika tabiat suka merokok ini tidak dibuang dalam diri seseorang ia boleh mendatangkan banyak kesan buruk dalam diri seseorang. Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas yang boleh mengakibatkan banyak penyakit berkaitan otak seperti alzheimer dan yang paling membahayakan lagi adalah strok.

Jika anda mempunyai orang-orang yang terdekat dengan anda yang suka merokok, bantulah mereka untuk berhenti dari merokok ini. Jika tidak anda sendiri juga yang akan terjejas kerana menjadi perokok pasif yang lebih membahayakan dari perokok aktif. Berhentilah tabiat merokok untuk kebaikan bersama.

4) Mengambil Makanan Yang Cukup

Jangan terlebih mengambil makanan. Itulah yang perlu anda selalu ingat demi menjaga kesihatan anda. Anda perlu mendapatkan makanan-makanan yang berkhasiat untuk tubuh badan dan minda anda juga. Anda perlu mengambil makanan yang seimbang seperti yang terkandung dalam piramid makanan. Jika anda mampu menjaga makanan untuk tubuh badan anda, secara automatik anda dapat menjaga minda anda supaya tidak terjejas dengan makanan yang anda ambil.

Perbuatan suka mengambil makanan yang berlebihan adalah sangat tidak bagus untuk diri anda. Ia akan menyebabkan anda diganggu dengan pelbagai jenis penyakit pada masa akan datang. Selain daripada itu, ia juga akan mengganggu perkembangan otak yang sihat. Ingatlah, badan yang sihat akan membawa kepada minda yang cerdas.

5) Merehatkan Minda Jika Kurang Sihat

Anda tidak boleh terlalu memaksa minda anda untuk bekerja kuat sekiranya tubuh badan anda tidak sihat. Biasanya jika badan anda tidak sihat, minda pun akan menjadi lemah untuk berfikir. Perbuatan suka melakukan kerja yang banyak berfikir semasa tidak sihat adalah tidak bagus. Ini kerana minda anda juga perlu berehat jika tubuh badan tidak sihat. Jangan bebankan diri anda dan minda anda.

Ambillah masa untuk diri anda berehat dan menenangkan fikiran anda. Jika perlu menyiapkan kerja juga semasa berada dalam keadaan tidak sihat, lakukan kerja itu mengikut kemampuan anda. Cuma jangan terlalu memaksa minda anda bekerja terlalu kuat.

Hanya setakat ini dahulu artikel pada kali ini. Artikel ini akan bersambung lagi pada siri yang kedua nanti. Sama-samalah kita mengamalkan apa yang dikongsikan ini supaya minda kita akan sentiasa cerdas dan menjadi hebat. Jika anda selalu menganggap yang orang lain sangat hebat, anda sebenarnya mampu untuk menjadi hebat seperti mereka juga. Anda perlulah berusaha ke arah yang lebih baik untuk menjadi seorang yang hebat juga. Hingga kita berjumpa lagi pada siri yang kedua nanti.
KLIK Untuk Baca Selanjutnya...

Amalan Yang Baik Untuk Minda - Siri 2

Artikel ini adalah sambungan kepada artikel “Amalan Yang Baik Untuk Minda” – siri yang pertama. Apa yang anda lakukan pada hari ini, anda juga akan mendapat hasilnya nanti. Ada yang mendapat hasil yang cepat, ada yang pernah hasil yang lambat. Ianya bergantung kepada nasib dan atas kehendak Allah. Jika anda banyak melakukan amalan yang baik, minda anda pasti akan berada dalam keadaan baik. Begitulah juga sebaliknya jika kita melakukan amalan yang buruk, minda kita akan dipenuhi dengan unsur-unsur yang buruk juga.

Apa yang perlu anda lakukan adalah anda perlu bijak memilih yang mana baik dan yang mana buruk. Itulah gunanya akal yang diberikan Allah kepada kita. Sama-samalah kita menggunakannya untuk mendapat kebaikan dunia dan akhirat. Anda perlu melakukan amalan baik dalam kehidupan seharian supaya ia akan dapat memberi kebaikan kepada minda anda.

#6 Melatih Minda Untuk Selalu Berfikir

Sekiranya anda sangat jarang berfikir, ia boleh menyebabkan minda menjadi lemah dan minda anda akan kurang aktif. Jangan hanya melakukan aktiviti seperti menonton tv atau bermain game dalam tempoh masa yang terlalu lama. Ia boleh melemahkan minda anda jika dilakukan pada setiap masa. Jika hanya melakukannya sekali sekala tiada masalah untuk merehatkan fikiran anda. Anda kena pandai bahagikan masa untuk diri anda dengan hiburan ni.

Anda perlu melakukan apa sahaja aktiviti berfaedah yang boleh membuatkan minda anda untuk berfikir. Anda boleh melakukan aktiviti seperti membaca buku-buku ilmiah, menulis artikel, menjawab teka silangkata, bermain sudoku dan banyak lagi aktiviti-aktiviti lain yang boleh menambah kecerdasan minda anda. Jika ianya dilakukan selalu, sudah tentu ia akan dapat memberikan banyak manfaat kepada diri anda.

#7 Mendapatkan Tidur Yang Mencukupi

Mendapatkan tidur yang mencukupi adalah bagus untuk merehatkan otak kita yang banyak bekerja seharian. Minda anda juga perlu mempunyai rehat supaya dapat terus bekerja dengan baik pada setiap masa. Waktu tidur yang baik untuk merehatkan tubuh badan dan minda adalah pada waktu malam. Biasanya tempoh masa yang bagus untuk tidur yang mencukupi adalah selama 8 jam.

Tetapi anda juga harus ingat yang masa tidur yang terlalu lama juga boleh mengakibatkan minda anda menjadi lemah. Jika tabiat suka tidur yang berlebihan ini menjadi amalan, ia kan menjejaskan kesihatan dan minda anda juga. Jadi anda perlu mengelakkan diri anda dari tabiat tidur yang berlebihan ini pada setiap masa.

#8 Selalu Rajin Melakukan Aktiviti Riadah

Antara tabiat yang paling baik untuk tubuh badan yang sihat dan ceria adalah dengan rajin melakukan aktiviti riadah. dan bersenam. Jika anda melakukan aktiviti riadah mengikut masa dan cara yang betul, sudah tentu anda akan memiliki tubuh badan yang sihat. Tidak perlu melakukan aktiviti riadah yang berat-berat tapi sudah mencukupi dengan berjoging, berjalan, berbasikal, bermain futsal dengan rakan-rakan dan banyak lagi.

Disamping memberikan tubuh badan yang sihat, anda juga akan memiliki minda yang cerdas jika rajin melakukan aktiviti riadah ini. Aktiviti riadah dapat membantu memberikan ketenangan kepada pemikiran anda. Ia juga dapat mengurangkan stress dalam diri anda.

#9 Senyumlah Kepada Orang Lain

Senyum adalah satu perbuatan yang sangat mulia. Semua orang suka kepada senyum ini. Tidak susah pun untuk kita senyum kepada seseorang. Dengan senyum ia dapat menyejukkan hati seseorang. Ia juga dapat memberikan ketenangan dalam diri seseorang. Senyum akan dapat memberi kesan kepada semua orang. Kepada pemberi dan juga orang yang menerima senyuman itu.

Apabila anda senyum kepada seseorang ia akan dapat memberikan banyak kesan positif kepada diri anda. Hati dan juga minda anda juga akan lebih tenang jika anda senyum kepada seseorang. Senyumlah secara ikhlas kepada orang lain. Mereka pasti akan menghargai anda. Senyum akan dapat merapatkan lagi hubungan anda dengan orang lain.

#10 Berzikir Dan Membaca Al Quran

Sebagai orang islam, kita hendaklah sentiasa mendekatkan diri kepada Allah supaya sentiasa memberikan banyak kebaikan kepada diri kita di dunia dan akhirat. Dengan sentiasa menyebut dan mengingati Allah, hati manusia pasti akan menjadi tenang. Minda kita juga pasti akan sentiasa merasa tenang jika banyak berzikir mengingati Allah.

Sentiasa membaca kitab Al Quran juga dapat memberikan ketenangan diri kita. Minda kita juga akan sentiasa merasa tenang kerana indahnya bacaan ayat Al Quran itu jika dibaca dengan baik dan betul. Jika dapat memahami setiap makna yang terkandung didalamnya itu adalah lebih baik lagi supaya setiap bacaan Al Quran itu dapat dihayati maknanya.

“Akal adalah satu anugerah Allah yang paling berharga kepada kita. Akal adalah satu amanah yang besar dari Allah kepada manusia. Akal jugalah yang membezakan antara manusia dengan makhluk-makhluk Allah yang lainnya. Akal fikiran hendaklah dengan sebaiknya digunakan untuk membezakan antara kebaikan dan juga keburukan.”

Minda manusia adalah satu ciptaan Allah yang sangat hebat. Sebagai seorang hamba yang beriman, kita hendaklah menggunakan anugerah Allah kepada kita ini dengan sebaik-baiknya. Gunalah ia untuk kebaikan diri kita dan juga orang lain. Janganlah ia digunakan ke arah keburukan kelak kita juga yang akan rugi.

Oleh kerana ianya adalah satu amanah dari Allah, maka kita hendaklah menjaga ia dengan sebaik-baiknya. Menjadi tanggungjawab kita dalam menentukan apa yang kita ingin lakukan dengan minda kita ini. Jadi, kita hendaklah melakukan amalan baik yang dapat memberi manfaat dan kebaikan kepada minda kita. Semoga ianya akan dapat menjadi amalan kita semua.

Sumber artikel: http://www.layarsukses.com/motivasi/amalan-yang-baik-untuk-minda-siri-kedua/
KLIK Untuk Baca Selanjutnya...

Friday, June 10, 2011

Mak Ayahh

Tiba2 teringatkan Mak Ayah di kampung. Rasa x puas rasanya balik kampung. Semalam tpon mak dan ayah, rindu pulak nak duduk dan sembang2 lama dengan mak dan ayah. Mak......... Ayah......, Anakmu terlalu rindu padamu.. Mak Ayahh... Anak mu ni tau mak dan ayah x mungkin dapat baca apa yang dicoretkan oleh anakmu sebab mak dan ayah xtau internet,komputer dsb.
Tapi Mak dan Ayah berusaha sesungguh mungkin untuk memberi pengetahuan pada anakmu, tidak kira terpaksa berhutang sekalipon. Tapi anakmu tidak nampak semua tu, malas belajar, malas berusaha dan sebagainya lagi. Mak Dan Ayah, anakmu x biasa mengungkapkan secara hadapan, tapi cukuplah dari hati anakmu menyatakan pada Mak dan Ayah, Daku terlalu sayang padamu berdua, daku berdoa agar Allah sentiasa melindungimu dari segala kesulitan, sentiasa memperoleh kesihatan yang baik. YaAllah daku sanggup menanggung segala kesakitan dan penderitaan yang ibu dan bapaku tanggung asalkan mereka sihat dan sentiasa mendapat rahmat darimu... Amin Ya Rabbalalamin..


KLIK Untuk Baca Selanjutnya...

Wednesday, June 8, 2011

Pesanan Rasulullah S.W.T sebelum Tidur

SEBELUM Tidur Rasulullah SAW pernah berpesan kepada Saidatina Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur, sebelum melakukan 4 perkara iaitu : 1. Khatam Al Qur'an, 2. membuatkn para nabi memberi syafaat kpdmu di hari akhirat, 3. membuatkn para muslim meredhai kamu, 4. melaksanakan ibadat haji dan umrah. "Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah..Bagaimanakah aku dapat melaksanakan 4 perkara seketika?" Rasulullah trsenyum sambil brsabda : "Jika engkau tidur bacalah:- Surah Al -Ikhlas 3 kali ,(maka ia seolah2 kau mgkhatamkan Al Qur'an). Dan Bacalah selawat untukKu dan para nabi sebelumku, ( maka kami semua akan memberi syafaat kpdmu di hari kiamat). Dan Beristighfarlah untuk para muslimin (maka mereka semua akan meredhai kamu). Dan perbanyakkanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil, dan bertakbir (maka ia seolah2 kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah)" - MAFHUM DARI HADIS Sekian , Semoga ia menjadi renungan dan ingatan buat kita semua.
KLIK Untuk Baca Selanjutnya...