Lebah dan bunga belimbing Bekerjasama Secret Tunnel Subhanallah, Cantiknya... Madu Anugerah Allah

Monday, March 21, 2011

tips lajukan blog berbahaya?

Baru-baru ini banyak blog yang memberi tip untuk melajukan Facebook dengan menetapkan satu IP Address Facebook pada file “Hosts” di folder Windows\System32\Drivers\etc. Ia MUNGKIN boleh membantu untuk mempercepat loading time facebook namun tahukah anda siapakah pemilik IP Address tersebut? Setakat ini, belum ada blogger yang memberi tip untuk melajukan facebook, memberi penjelasan terperinci tentang pemilik IP Address tersebut.

Risiko Menukar IP Address di Hosts

Dengan menukar IP Address di Hosts, pengguna sebenarnya memberitahu sistem operasi untuk menghubungi IP Address tersebut apabila domain yang dinyatakan diakses. Sebagai contoh,

203.106.85.66 www.facebook.com
203.106.85.66 facebook.com

akan memberitahu sistem operasi untuk berhubung dengan komputer atau server yang beralamatkan 203.106.85.66 apabila domain www.facebook.com atau domain facebook.com diakses oleh browser pengguna.

Risikonya adalah

* Komputer atau server tersebut MUNGKIN memerhatikan segala aktiviti anda di laman tersebut.
o Pemilik server mempunyai akses terhadap password dan akaun anda.
* Komputer atau server tersebut MUNGKIN menyebabkan komputer anda dijangkiti virus.
o Sekiranya anda dihubungkan ke laman “phishing” atau laman yang mengandungi virus, adware, malware dsb. komputer anda boleh dimasuki oleh virus.

Sekiranya virus seperti Trojan dan KeyLogger telah dimasukkan ke dalam komputer anda, pelbagai masalah lain akan timbul.
Siapakah Pemilik IP Address Tersebut?

Melalui “whois” yang KR lakukan, berikut adalah informasi mengenai IP Address yang diberikan:

inetnum: 203.106.85.0 – 203.106.85.255
netname: AKAMAI-CYBERJAYA-TMNET
descr: AKAMAI CYBERJAYA
descr: KUALA LUMPUR
country: MY
admin-c: KHMA2-AP
tech-c: KHMA2-AP
mnt-by: TM-NET-AP
status: ASSIGNED NON-PORTABLE
changed: 20100729
source: APNIC
route: 203.106.64.0/18
descr: TMnet route object
origin: AS4788
mnt-by: TM-NET-AP
changed: 20090223
source: APNIC
person: Khairil Hakim Mustafa Alsafri
country: MY
address: Level 44 North Wing Menara TM, Kuala Lumpur
fax-no: +6-03-22402869
phone: +6-03-22403154
e-mail:
nic-hdl: KHMA2-AP
mnt-by: TM-NET-AP
changed: 20100729
source: APNIC
Bagaimana Untuk Mengembalikan Setting Asal?

Untuk mengembalikan setting asal facebook, pengguna cuma perlu membuang setting yang telah dibuat sebelum ini. Tanpa setting tersebut, facebook akan dibuka dengan menggunakan IP Address sebenar yang di point pada DNS Server milik Telekom Malaysia atau ISP yang anda gunakan.



KR TIDAK menyatakan yang IP Address yang dinyatakan di atas cuba untuk memasukkan sebarang virus atau melakukan aktiviti yang salah, KR juga TIDAK menyatakan yang pemilik IP tersebut cuba untuk mencuri password pengguna mahupun cuba untuk memerhatikan aktiviti pengguna. KR cuma ingin memberi peringatan kepada para pengguna internet tentang bahaya menukar IP Address di Hosts Sistem Operasi pengguna. Ada kemungkinan IP Address tersebut digunakan sebagai proxy untuk persendirian tetapi telah disebarkan kepada umum. KR ingin memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kessilapan dalam maklumat di atas.

No comments:

Post a Comment